1 September 2011, Bukit Mertajam – Majlis tersebut adalah merupakan rutin tahunan PSSCM pada setiap Hari Raya yang ke-3.

Seramai lebih dari 1000 orang ahli-ahli PSSCM dari seluruh Negara hadir menyerikan majlis tersebut. Yang Mulia Datuk Hj. Maideen Bin Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden PSSCM serta isterinya Datin Rosnida termasuk AJK Pusat turut menyambut ketibaan ahli-ahli yang hadir. Ahli Jawatan Kuasa Pusat, Ahli LPT, YDP-YDP PSSCM Cawangan Negeri termasuk keluarga turut sama memeriahkan suasana.


Galleri foto di sini …

Tetamu-tetamu yang hadir bertali arus mulai jam 12.00 tengah hari sehinggalah jam 5.00 petang. Walaupun YM Tuan Haji Ishak Bin Itam uzur, beliau gembira menyambut tetamu yang hadir. Berbagai kenangan yang berlaku semasa kunjungan pergi dan balik ke destinasi rumah terbuka Guru Utama. Terdapat kenderaan yang rosak, kemalangan kecil dan juga terperangkap di dalam kesesakan di lebuh raya selama 9 jam. Syukur Alhamdulillah, tidak terdapat perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Namun begitu tidak mematahkan semangat ahli-ahli PSSCM ingin berhari raya bersama dengan YM Guru Utama.

PSSCM Cawangan Seberang Prai telah turut bertungkus lumus menyediakan sajian mulai pada hari Jumaat. Seekor lembu telah disembelih untuk penyediaan sajian. Tahniah diucapkan kepada PSSCM Cawangan Seberang Prai atas kesungguhan dan pengorbanan melaksanakan tanggungjawab tersebut pada setiap tahun. Semoga program sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli PSSCM.

Galleri foto di sini …

Sumber: Jabatan Penerangan Psscm

Sila like dan kongsi artikel ini:
Facebook
Twitter
Visit Us
Follow Me
YouTube
YouTube
Instagram