8 April 2015, Johor Bahru – Majlis Ramah Mesra Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah diadakan bertempat di Ibu Pejabat PSSCM Cawangan Johor Darul Takzim di sini.


Petikan ucapan  DSP Abdul Halid Bin Ludin

Majlis yang dihadiri oleh seramai 65 orang ahli PSSCMCJDT ini bermula jam 8.55 malam dan dimulai dengan bacaan Selawat Badriah untuk menyambut Tetamu Kehormat. Majlis ini juga diadakan sempena Sambutan Hari Polis Ke-208 dan Sambutan Hari Kemahkotaan DYYM Sultan Johor.

Tetamu hadirin dan kehormat yang hadir terdiri dari  DSP Abd Halid b Ludin, Ketua Bhgn Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti IPD Johor Bahru Utara;  ASP Choong Heck Meng, Pemangku Ketua Cawangan Khas; Inspektor Ahmad Nazri bin Yahya, Ketua Balai Tampoi; Hj Hambali Hj MUNADI, Pemangku Ketua Kg Tmn Kemas; Hj Azman b Tukiran, Pengerusi JKKK & KRT Tmn Kemas dan Tn. Hj Said b Atan, Wakil Pengerusi KRT. Selain daripada itu ianya turut dihadiri oleh seramai 20 orang anggota PDRM lain-lain pangkat.

Majlis ini juga bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan dua hala antara pihak polis dengan PSSCM supaya boleh mengetahui masalah dan juga maklumat yang boleh dikongsikan dengan pihak polis. Majlis ini juga boleh merapatkan hubungan silaturrahim antara kedua-dua belah pihak. Dalam majlis ini turut diedarkan risalah pencegahan jenayah dan Rakan Cop supaya boleh dijadikan panduan sekiranya berlaku sebarang kejadian jenayah.

Majlis diteruskan dgn bacaan doa oleh Ustaz Mohd Hakim b Othman dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Nazid Bin Jasiman, Naib Yang DiPertua  PSSCMCJDT mewakili YDP.

Para hadirin seterusnya dipertontonkan dengan persembahan multimedia dan kemudian diikuti dengan ucapan dan sesi soal jawab oleh DSP Abdul Halid b Ludin. Sebanyak 4 soalan telah ditanya oleh saudara Roslan b Daud, Rosli b Musa, Mohd Shahmi b Marsahid dan Heirunnizan b Sarian.

Majlis diteruskan dgn penyampaian cenderahati dari PSSCM CJDT (NYDP) kepada Hj Hambali dan Hj Azman serta penyampaian Buku Jubli Emas PSSCM dari NYDP kepada DSP Abd Halid b Ludin.

Majlis bersurai  jam 11.45 mlm.

 

Koleksi Foto : https://picasaweb.google.com/103852306431193328240/150408MajlisRamahMesraPSSCMCJDTBersamaPDRM?authkey=Gv1sRgCLekyd3fz5X9tAE

Sumber : PSSCM CJDT
Foto : PSSCM CJDT & PDRM

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.614072658694843.1073742175.504725002962943&type=1