25 Jan 2014, Shah Alam – Seramai hampir 40 orang peserta Sijil Menengah Anugerah telah hadir menerima petua dari YM Datuk Hj Maideen Guru Utama dan Presiden PSSCM bertempat di PSSCM Kelas Latihan Shah Alam, Seksyen 8, Shah Alam.

Program tersebut di bahagikan kepada 4 sesi iaitu

1. Latihan Asas

2. Majlis Perasmian PSSCM Kelas Latihan Shah Alam

3. Solat Maghrib dan tahlil

4. Majlis Penurunan Petua oleh Guru Utama PSSCM dan latihan Sijil Menengah

Untuk kali pertama,LPT telah menyiapkan buku silibus yang mengandungi 4 sesi latihan wajib.YM Datuk telah mengamanahkan kepada 2 orang Tenaga Pengajar iaitu Sdr Zafri dan Sdr Rosman bagi mengendalikan kelas ini.

Majlis bersurai jam 1.30 pagi.

 

Artikel & Foto : Jabatan Penerangan PSSCM