19 April 2014, Segamat – Mails Persandingan Pengerusi Persilatan PSSCM, En. Safaran Ahmad dengan pasangannya Farimah binti Idon diadakan dengan penuh adat istiadat persilatan di rumah keluarga pengantin perempuan di Kampung Sepinang, Segamat.

Kedua-dua mempelai telah selamat diijab kabul sehari sebelum itu.

Selain dari dihadiri keluarga terdekat, sahabat handai, sebahagian besar tetamu yang hadir adalah terdiri dari ahli-ahli PSSCM yang datang dari seluruh negara. Sebelum majlis persandingan, perarakan pengantin lelaki diiringi oleh YM Guru Utama PSSCM, Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah, Setiausaha Agong, En. Mohd Hafiz Bin Jamil serta beberapa barisan Jawatankuasa Pusat dan Cawangan PSSCM.

Galeri foto di sini

140419 Majlis Persandingan Sarafan – Farima

Berita & foto : Rosbira