30 Mac 2013, Batu Pahat – Majlis Perasmian Kejuaraan Silat Seni Asli Kebangsaan 2013 telah diadakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di sini jam 9.00 malam.

Majlis gilang gemilang tersebut telah dirasmikan oleh YBhg Rosman Mat Deli Naib Presiden Pesaka mewakili YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam Presiden Pesaka. Seramai hampir 300 orang peserta termasuk Guru-guru Silat dan penuntun telah hadir memeriahkan program tersebut.

Turut hadir YBhg  AB Rauf Abdullah Ketua Penerangan Pesaka, YBhg Azli Pudin Setiausaha Program merangkap Pengarah Sukan UTHM, YBhg Harun Ariff wakil Bhg Sukan KPT dan YBhg Khairuddin Sulaiman Presiden Pesaka Johor dan YDP PSSCM Johor YBhg Sazali Samsudin.Program ini adalah anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia  dan Persekutuan Silat kebangsaan. Sebanyak 27 pasukan bertanding di dalam Kejuaran ini termasuk PSSCM UTHM.

Pesaka mengucapkan berbanyak terima kasih kepada UTHM,khas nya kepada YBhg  Azli Pudin atas usaha dan semangat beliau  memartabatkan semula Silat Seni Asli agar tidak lekang dek panas dan tak lapok dek hujan.

Banyak bakat baru telah dilahirkan hasil program ini.Semoga usaha ini di berkati oleh Allah S.W.T.Majlis berakhir jam 2.00 pagi.

Galleri foto di sini

 

Sumber Berita & Foto : Jabatan Penerangan PSSCM