23 Nov 2013, Kuantan – Majlis Makan Malam Perkhemahan Perdana P|SSCM Se Malaysia telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hj Mohd Johari Bin Hj Mohd Hussain Pengerusi JK Belia & Sukan Negeri Pahang mewakili YAB Datuk Seri Diraja Hj Adnan Bin Hj Yaakob Menteri Besar Pahang bertempat di Pantai Balok di sini.

Seramai hampir 750 orang ahli PSSCM termasuk ahli keluarga mereka ,YM Datuk Hj Maideen Guru Utama & Presiden PSSCM serta isteri,barisan kepimpinan JK Pusat & YDP PSSCM Cawangan Negeri.

YB di dalam ucapan nya,menjelaskan bahawa Seni Silat mampu diketengahkan sebagai Modal Insan & Ilmu Pendidikan khas nya kepada golongan generasi muda. YB Dato’ Hj Mohd Johari amat teruja dengan sambutan pengisian program dan syukur Alhamdulillah beliau telah bersetuju memberi sumbangan sebanyak RM 5,000 kepada PSSCM serta akan memaklumkan kepada YAB Menteri Besar agar memberi peruntukan kepada PSSCM Pahang bagi membangunkan rumah persatuan.

Ucapan terima kasih kepada YB Dato’ Hj Mohd Johari diatas sumbangan nya. Majlis bersurai jam 12.00 malam.

Galeri foto di sini.

 

Sumber Dari JP PSSCM