Kuala Terengganu – Majlis Konvokesyen PSSCM 2009 telah berlangsung di Dewan Sultan Mizan Universiti Malaysia Terengganu dalam majlis yang menggabungkan konsep majlis konvokesyen universiti dan majlis penyampaian pingat dan darjah berkonsepkan istiadat di istana.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Prof. Madya Tuan Haji Ismail Bin Omar, Timbalan Dekan Akademik Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi UMT sebagai mewakili Yang Berbahagia Prof. Dr. Aziz Bin Deraman, Naib Canselor UMT.

Seramai 775 orang ahli telah berjaya menerima sijil pada hari ini dan merupakan jumlah yang paling ramai setakat ini. Ini menyebabkan majlis ini terpaksa diadakan dalam dua sesi. Daripada jumlah tersebut, seramai 73 orang ahli telah menerima Sijil Rendah Silat Cekak (Kepujian).

Pada sesi petang pula, majlis disempurnakan oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Saharuddin Bin Dato’ Abdul Hamid, Dekan Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin, Universiti Malaysia Terengganu yang juga merupakan ahli Silat Cekak yang mempelajarinya pada awal tahun 80-an.

Antara delegasi yang hadir Majlis Konvokesyen PSSCM 2009