10 Jun 2010, Kuala Lumpur – Satu Majlis Kesyukuran & Tahlil telah diadakan bertempat di Rumah Persatuan Jalan Kent di sini sempena kemenangan perbicaraan kes tanah hakmilik PSSCM di Jalan Jelatek.

Majlis yang bermula jam 8.00 malam turut dihadiri oleh YM Guru Utama, Datuk Haji Maideen Kadir Shah dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa Pusat PSSCM serta ahli-ahli dari Kelas-kelas Latihan dan IPT di sekitar Lembah Kelang. Majlis bermula dengan solat isya’ berjemaah bersama YM Guru Utama dan diteruskan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil.

Majlis yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Fizol bin Saad ini disusuli dengan penyampaian zakat kepada ahli-ahli yang memerlukan bantuan terdiri daripada Sdra. Abdul Rahman bin Awang, Sdra Mohd Faiz Bin Haji Abdul Salim, Balu kepada Allahyarham Mohd Shahdan bin Syed Sahil dan seorang ahli dari PSSCM UiTM, Sdri Erma Dasila yang merupakan seorang anak yatim.

Majlis kemudian disusuli dengan tayangan video mengenai perbicaraan kes tanah di Jalan Jelatek kepada semua yang hadir. Majlis kemudian bersurai dan diakhiri dengan jamuan bersama YM Guru Utama.