8 Ogos 2012, Putrajaya – PSSCM telah mendapat undangan ke majlis di atas bertempat di Seri Satria, Putrajaya. Seramai 10 orang wakil PSSCM termasuk Naib Presiden PSSCM Sdr Roslin bin Ali Omar, Setiausaha Agung PSSCM Sdr Mohd Hafiz bin Jamil, Ketua Penerangan PSSCM Sdr Rosman bin Mat Deli, Pegawai Khas PSSCM Sdr Roslim bin Abdullah, Pegawai Khas JP PSSCM Sdr Mohd Taqiyuddin bin Yusof, Sdr Shukri bin Jainuddin dan krew JP PSSCM.

Rombongan PSSCM telah sampai di perkarangan Seri Satria iaitu kediaman rasmi YAB TPM, pada jam 6.30 petang. Kami terus memasuki khemah yang disediakan dan kebetulan YAB TPM sedang menyambut ketibaan pengunjung-pengunjung. Ketua Penerangan terus memberi salam hormat kepada YAB TPM dan memperkenalkan barisan kepimpinan PSSCM. Kesempatan tersebut PSSCM telah menghadiahkan cenderahati berupa Logo PSSCM dan surat ucapan terima kasih kepada YAB TPM atas kesudian beliau memberi sumbangan sebanyak RM 30,000 kepada PSSCM.

YAB TPM mengucapkan berbanyak terima kasih kepada PSSCM atas kesudian menerima undangan dan hadir dalam majlis beliau. Selepas berbuka puasa, diadakan Solat Maghrib beramai-ramai. YAB TPM telah menyampaikan sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim. Majlis tersebut dihadiri lebih daripada 1,000 orang dan turut serta beberapa Menteri Kabinet termasuk YB Datuk Mukhriz bin Tun Mahathir, YM Tan Sri Mahaguru Omardin bin Mauju, Pengasas PSSLM dan lain-lain. Pada jam 8.45 malam, rombongan PSSCM beredar dan terus bersurai.

Sumber : Jabatan Penerangan PSSCM