Kuala Lumpur, 4 Februari 2012 – Sempena bulan kelahiran Rasulullah S.A.W, Biro Pembangunan Insan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) telah menganjurkan Kursus Penyembelihan Kebangsaan PSSCM kali ke-2 bertempat di Kelas Latihan Ibu Pejabat Jalan Kent. Seramai 85 orang ahli yang terdiri dari cawangan PSSCM seluruh Malaysia telah menyertai kursus pada hari ini.

Galleri foto di sini …

Pengerusi Persilatan, En Safaran Bin Ahmad telah merasmikan kursus tersebut dengan memulakan sembelihan ayam sebagai upacara  perasmian. 4 orang fasilitator yang terdiri ahli PSSSCM dari Pulau Pinang, Kedah dan Melaka telah dipanggil untuk memberikan penerangan mengenai kursus tersebut yang diketuai oleh Tuan Haji Muhammad Farid Bin Abdul Hamid. Dalam ceramahnya, beliau menerangkan tatacara penyembelihan sebelum semua peserta diberi peluang untuk menyembelih sendiri ayam-ayam yang telah disediakan.

Beliau juga menceritakan pengalaman-pengalaman beliau ketika bersama YM Tuan Haji Ishak Bin Itam dalam urusan-urusan penyembelihan sebelum ini , khasnya ketika Majlis Sambutan Hari Raya Korban di Bukit Mertajam. Selain itu sebanyak 4 ekor kambing yang disumbangkan oleh beberapa orang ahli turut disembelih pada hari tersebut.

Pada masa yang sama, seramai 15 orang peserta wanita telah menyertai kursus Masak yang di ketuai oleh Pn. Sharipah Ibrahim, isteri En Karim  Bin Saied. Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh Ustaz Kaharudin Bin Abdul Rahman, Penolong Setiausaha Agong PSSCM mewakili YM Guru Utama dan diikuti dengan penyampaian sijil dan cenderamata. Hasil dari kursus masakan tersebut dijadikan hidangan makan tengahari pada hari kepada peserta dan tetamu yang hadir.

Galleri Foto di sini …

 

Wartawan : S.Shahrulnizam Sheikh Ismail
Foto : Zainal Abidin Othman & Rosli Abd Rahim