UTUSAN MALAYSIA (Selasa, 21 Februari 2012, m.s. 24)

Pulau Pinang, 20 Feb – Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia universitu Sains Malaysia akan mengadakan majlis Malam Pendekar dan konvensyen sempena ulang tahun ke-45 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia pada Sabtu ini.

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang juga Ketua Menteri Melaka akan merasmikan majlis tersebut di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) USM.

Pengarah projek, Muhammad Isra Suhaili Iskandar berkata, program itu diadakan bertujuan memupuk kesedaran di kalangan masyarakat dalam dan luar kampus tentang kepentingan mempelajari seni mempertahankan diri.

“Ia amat penting terutama pada zaman serba mencabar untuk menghadapi sesuatu keadaan di luar jangkaan.

“Selain dapat mengenali seni mempertahankan diri silat cekak, penonton juga dapat melihat pertunjukan seni mempertahankan diri seperti Pusaka Gayung, Pusaka warisan serta seni mempertahankan diri popular dari China dan India iaitu kungfu dan silambam,” katanya di sini hari ini.