23 Februari 2013, Kuala Lumpur – Naib Presiden Pesaka merangkap Ketua Penerangan PSSCM telah hadir mesyuarat bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mewakili Pesaka bertempat di Pejabat MOM, Kompleks Sukan Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur.


MOM mempunyai sebanyak 35 buah Persatuan / Persekutuan Sukan sebagai ahli Gabungan dan sebanyak 22 buah persatuan/persekutuan sebagai ahli bersekutu. MOM merupakan sebuah badan yang menumpukan mengenai pembangunan sukan ke peringkat Sukan Sea, Asia ,Dunia & Olimpik.


Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Presiden MOM Tan Sri Imran dan turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Datuk A.Sani Karim, Naib Presiden Dato’ Low Beng Choo,Tan Sri Mohamad Noor Abd Rahim, Setiausaha Kehormat MOM Dato’ Sieh Kok Chi dan lain-lain. Mesyuarat tersebut juga membincangkan isu Sukan Sea yang akan dilaksanakan di Manhmar pada tahun ini. Juga membicarakan insentif kepada atlet negara yang memenangi pingat semasa sukan Olimpik & Sukan Sea. Mesyuarat bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 tengah hari.

 

Galleri foto di sini