17 Februari 2013, Melaka – Program Perkhemahan Bersama dan Bersatu Zon Selatan 2013 adalah merupakan satu program usaha PSSCM Cawangan Negeri Melaka (PSSCM CM) bagi mengeratkan hubungan dan perpaduan dikalangan ahli -ahli terutamanya ahli-ahli di  cawangan selatan iaitu negeri Melaka, negeri Johor dan Negeri Sembilan. Bersesuaian dengan cogan kata Bersama dan bersatu yang di bawa oleh YM Guru Utama, program ini melibatkan kerjasama Sahabat Belia Kerajaan Negeri Melaka dan JAPERUN Pantai Kundur serta beberapa agensi kerajaan yang lain seperti askar wataniah, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan juga media tempatan.

Program ini telah berlangsung selama 2 hari pada 16 dan 17 Februari 2013 di Pantai Puteri, Melaka dan penyertaan dalam program ini mencapai angka 400 orang peserta di mana penyertaannya terdiri daripada ahli-ahli PSSCM yang aktif di Cawangan Negeri Melaka, Negeri Johor dan Negeri Sembilan. Selain itu, Turut menyertai program ini adalah ahli-ahli yang pernah aktif di ketiga-tiga negeri ini dan kini telah pulang ke tempat masing2. Dalam program ini, antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam program ini ialah Bola sepak pantai, bola tampar pantai, memanah, memancing, senamrobik dan tayangan multimedia. 


Dalam Majlis Penutup, Tetamu kehormat yang dijemput ialah YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam, Presiden PESAKA Malaysia merangkap Ketua Menteri Melaka, dan turut hadir, YB Datuk Yaakub bin Md Amin, YDP PESAKA Melaka merangkap ADUN Sungai Udang, YB DAtuk HJ Abdul Rahman bin Hj Abdul KArim, ADUN Pantai Kundur dan YB Datuk Ir. Idris bin Harun, Ahli Parlimen Tangga Batu, Rosman bin Mat Deli, Naib Prseiden PESAKA MAlaysia merangkap Ketua Penerangan PSSCM serta beberapa Guru dan wakil Pertubuhan Silat tempatan serta wakil jabatan kerajaan.


Semasa Ucapan Perasmian YAB Datuk Seri Mohd Ali telah memberikan sokongan padu terhadap PSSCM dan memberi kepercayaan terhadap Silat Cekak untuk terus maju untuk mempertahankan Seni Silat, Budaya Bangsa agar tidak hilang ditelan zaman. Selepas ucapan perasmian, satu kejutan di mana gimik perasmian oleh sekumpulan “mat rempit” membuat ‘kacau’ dalam majlis tersebut tetapi berjaya diselesaikan oleh urusetia program dan juga persembahan demonstrasi dari PSSCM CM telah dipersembahkan di hadapan tetamu kehormat dan para peserta.

Selesai program, ADUN Pantai Kundur telah memberikan respon yang positif kepada pengerusi program iaitu Saudara Mohd Aizuddin bin Abd Rahim, di mana beliau amat berpuas hati terhadap program yang dianjurkan oleh PSSCM CM dan telah menyarankan agar program seperti ini diadakan pada setiap tahun dan beliau berharap sasaran peserta adalah seramai 1000 orang.

Galleri Foto di sini …

Oleh,
Nazmi Bin Haji Ninggal