7 Jun 2011, Melaka – Bertempat di Gelanggang Bola Keranjang Bukit Serindit 3 Jun 2011 jam 8.00 malam, telah berlangsung majlis Perasmian Kejuaraan Silat Olahraga Peringkat Kebangsaan 2011. Majlis tersebut yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Razali bin Haji Ibrahim Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Acara gilang gemilang tersebut turut diserikan oleh persembahan silat dari Guru-guru Silat Melaka. YAB Datuk Seri Haji Mohd. Ali bin Mohd. Rustam Ketua Menteri Melaka Merangkap Presiden Pesaka termasuk Exco Tertinggi Pesaka dan Ahli Dewan Perguruan Pesaka turut hadir semasa majlis perasmian tersebut.

Seramai 370 peserta termasuk 16 pasukan Negeri berkampung di Melaka bagi memeriahkan lagi program tersebut.  Kejuaraan ini bermula pada 3 Jun 2011 dan majlis penutup pada 7 Jun 2011, jam 2.30 petang yang akan disempurnakan YAB Datuk Seri Haji Mohd. Ali bin Mohd. Rustam.
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
A. Johan keseluruhan – Negeri Kelantan
B. Naib Johan – Negeri Kedah
C. Ketiga – Negeri Perak

Diharap kejuaraan tersebut akan melahirkan atlit yang bertaraf dunia. PSSCM sedang melatih pasukannya sebagai persiapan untuk bertanding dalam kejuaraan Silat Olahraga Kebangsaan pada tahun hadapan. Semoga pasukan PSSCM akan menempa kejayaan. InsyaAllah

Galleri Foto klik sini ….

(Sumber dari JP PSSCM)