13 Dis 2009, Kuala Selangor – Sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian dalam Kategori Jemputan, Pertandingan Persembahan Wajadiri IPT Kebangsaan Kali Ke-3 yang berlangsung di Dewan Angsana, UiTM Puncak Alam di sini.

Pasukan tersebut terdiri dari Pusat Latihan Kuang, Pusat Latihan Cheras, Kelas Latihan Jalan Kent, Kelas Latihan Sungai Besi, Kelas Latihan Selayang, Pusat Latihan Bukit Beruntung, Pusat Latihan Serdang dan Kelas Latihan AU4 Lembah Keramat.

Sebanyak 3 kategori dipertandingkan dalam pertandingan jemputan ini.