18 Disember 2010, Tanjung Malim Perak – Karnival Wajadiri IPT PSSCM 1 Malaysia Kali ke-4 2010 dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari seluruh IPT . Seramai 1500 orang telah hadir termasuk penyokong, 528 peserta dari 48 pasukan mewakili 29 IPT.

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Hj. Mohd. Rustam Ketua Menteri Melaka merangkap Presiden PESAKA. Dalam ucapannya, beliau mengucap tahniah kepada PSSCM UPSI dan PSSCM di atas jemputan dan penganjuran program tersebut. Prof. Dr.Zakaria bin Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa dalam ucapannya telah bersetuju mengiktiraf Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai aktiviti ko-kurikulum berkredit.

Majlis perasmian tersebut dimeriahkan lagi dengan perarakan adat istiadat masuk tetamu kehormat diiringi oleh YM Guru Utama dan Presiden PSSCM Datuk Hj. Maideen Bin Kadir Shah serta Setiausaha Agung PESAKA, Hj. Megat Dzulkarnain Bin Datuk Omar Din. Turut hadir ahli-ahli Jawatan Kuasa Pusat PSSCM, ahli LPT dan YDP Negeri. Persembahan silat seni oleh kanak-kanak, demo Silat Cekak, ikrar Juri/ikrar Pesilat dan Pembacaan Watikah pengistiharan program oleh Pengerusi Pertandingan En. Rosman Bin Mat Deli merupakan kemuncak perasmian program tersebut. Selepas perasmian, pertandingan diteruskan pada jam 11.00 pagi sehingga selesai jam 3.30 petang.

Majlis perasmian penutupan Karnival Wajadiri IPT PSSCM 1 Malaysia Kali ke-4 2010 pula telah disempurnakan oleh Yang Mulia Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama merangkap Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Uitm Bandaraya Melaka kategori putera dan Uitm Jengka kategori puteri telah muncul sebagai juara keseluruhan. Anugerah pasukan harapan dimenangi oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dan Anugerah Pasukan Terbaik disandang oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pada sebelah malamnya jam 8.00 malam telah diadakan Majlis Makan Malam Perdana Himpunan Wajadiri IPT PSSCM 1 Malaysia di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ybhg En. Yaakob Bin Hasrat, Timbalan Pengarah PSAS. Dalam ucapan beliau telah melahirkan rasa kesyukuran dan bangga kerana Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Politeknik Sultan Azlan Shah mampu bekerjasama bagi menganjurkan program yang begitu meriah sekali.

Turut hadir Penaung program YB Tuan Abdul Syukor bin Idrus, ADUN N13 Kuang, YM Datuk Hj. Maideen Bin Kadir Shah dan En. Rosman Bin Mat Deli selaku Pengarah Program Bersama. Seramai 1200 orang ahli telah hadir termasuk peserta pertandingan KWD. Dalam majlis makan malam tersebut juga telah diadakan majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan Karnival Sukan 1 Selangor yang telah diadakan sebelum ini. Berkat kerjasama dan bantuan dari semua ahli PSSCM termasuk PSSCM PSAS dan PSSCM UPSI program tersebut telah berjaya dilaksanakan. Tahniah kepada PSSCM UKM yang akan menjadi tuan rumah acara Karnival Wajadiri IPT PSSCM 1 Malaysia Kali ke-5 2011.

SENARAI KEPUTUSAN KARNIVAL WAJADIRI IPT PSSCM 1MALAYSIA KALI KE-4 2010

BILKATEGORIPUTERAPUTERI
EMASPERAKGANGSAEMASPERAKGANGSA
1.KATEGORI 1UITM BANDARAYA MELAKAPOLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAHUNIKL-BMIUITM JENGKAUIA PETALING JAYAUITM PUNCAK PERDANA
2.KATEGORI 2POLITEKNIK UNGKU OMARUITM BANDARAYA MELAKAUNIVERSITI MALAYSIA PAHANGUITM JENGKAUNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONASUIA PETALING JAYA
3.KATEGORI 3UITM BANDARAYA MELAKAUITM SERI ISKANDARUIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISUIA PETALING JAYAUITM JENGKAUITM BANDARAYA MELAKA
4.KATEGORI 4UIA GOMBAKUNIKL-BMIPOLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAHUITM JENGKAUIA GOMBAKUIA PETALING JAYA

1.ANUGERAH PASUKAN HARAPANUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
2.ANUGERAH PASUKAN TERBAIKUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
JUARA KESELURUHANNAIB JUARATEMPAT KETIGA
3.PEMENANG KATEGORI PUTERAUITM BANDARAYA MELAKAPOLITEKNIK UNGKU OMARUIA GOMBAK
4.PEMENANG KATEGORI PUTERIUITM JENGKAUIA PETALING JAYAUNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS