1 Ogos 2015, Seremban1000 orang pendekar Cekak beraksi dalam lima acara yang dipertandingkan dalam Karnival Sukan Cekak PSSCM yang berlangsung di Kompleks Belia & Sukan, Paroi di sini hari ini. Karnival sehari ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Zaifulbahri bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Modal Insan, Belia & Sukan Negeri Sembilan.

 

Turut hadir dalam majlis ini ialah En Mohd Eswandi Bin Ismail, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia & Sukan Negeri Sembilan, Datuk Haji Maideen Kadir Shah, Guru Utama & Presiden PSSCM serta barisan kepimpinan PSSCM Pusat & Cawangan dari seluruh negara.

Sebanyak lima acara sukan dipertandingkan pada kali ini meliputi bolasepak, futsal, bolajaring, sepak takraw dan badminton. Karnival ini dianjurkan sebagai sebahagian dari acara sepanjang Sambutan Jubli Emas 50 Tahun PSSCM dan mendapat kerjasama Jabatan Belia & Sukan Negeri Sembilan serta akhbar Harian Metro.

 

Foto Penuh di sini …

150801 Karnival Sukan Cekak 2015