26 Mac 2013, Sg Duyung,Melaka  – Program tersebut telah di rasmikan oleh Leftenan General (B) YBhg Prabowo Subianto, Presiden Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa Silat (PERSILAT). Beliau tiba dengan pesawat peribadinya beserta dengan rombongan yang terdiri dari Setiausaha Agung Persilat YBhg Erizal Chaniago, YBhg Said Aldi Al Idrus Ketua Umum Rempala Indonesia dan JK Dunia Melayu Dunia Islam Indonesia. Mereka disambut oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali Ketua Menteri Melaka beserta dengan Exco kerajaan Negeri Melaka.

Rombongan tersebut telah dibawa ke kediaman Ketua Menteri. Mereka telah disajikan dengan jamuan minum petang sambil bertukar-tukar informasi. Selepas solat maghrib, YAB Datuk Seri, telah menghidangkan jamuan makan malam. 

Pada jam 9.00 malam selepas solat Isyak, rombongan kami telah bertolak ke Sg Duyung. Setiba di sana mereka telah disambut dengan penuh adat istiadat tradisi orang Melayu ketika menerima pembesar Negara.

Hampir seramai 7,000 orang telah berhimpun menantikan tetamu istimewa,walaupun notis untuk mengadakan majlis ini dalam tempuh 24 jam. Atas semangat juang yang kukuh Pesilat Melaka telah membuktikan bahawa, walaupun tempuh makluman agak singkat namun mereka tetap menjayakan nay dengan bersungguh-sungguh. 

YAB Datuk Seri Mohd Ali telah membuat ucaptama dan majlis di teruskan dengan ucapan perasmian YBhg Leftenan General(B) YBhg Prabowo Subianto Presiden Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa Silat 

Majlis diteruskan dengan persembahan Silat dari 3,000 orang pesilat dari Negeri Melaka.PSSCM Melaka termasuk PSSCM Cawangan Negeri Sembilan telah turut serta seramai 300 orang.YBhg Sham Ghani YDP PSSCM Melaka merangkap Exco Pesaka telah di beri penghormatan memimpin acara persembahan sebagai Ketua Komander.

Selesai majlis persembahan silat,rombongan tersebut telah dibawa melawat setiap astaka Hang Tuah 5 bersaudara. Sungguh indah buatan setiap astaka berbentuk rumah kayu tradisi Melayu yang di ukir halus.Kawasan yang seluas 5 ekar tersebut ,turut dibangunkan sebuah auditorium, Muzium serta kemudahan awam. Majlis bersurai jam 11.00 malam selepas jamuan. 

Tahniah kepada Kerajaan Melaka,Pesaka Kebangsaan dan Pesaka Melaka atas kesungguhan menjayakan program tersebut. 

Ucapan ribuan terima kasih,atas jasa YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam atas usaha keras beliau,tempat ini telah siap dibangunkan. InsyaALLAH, suatu masa nanti peringkat fasa ke-2 akan dibangunkan hotel, resort, asrama, surau, gimnasium untuk riadah dan lain-lain lagi.

Semoga Gerbang Persilatan Sedunia di Melaka akan menjadi mercu tanda kemegahan Dunia Persilatan Melayu.

Galleri foto di sini

 

Berita & Foto : Jabatan Penerangan PSSCM