Sekalung Tahniah kepada Dato’ Isma Amri bin Abd Manan, Juruodit Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di atas pengurniaan Pingat Darjah Indera Mahkota Pahang oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar, Tuanku Sultan Pahang sempena hari keputeraan baginda yang membawa gelaran DATO’.

YM Guru Utama dan Presiden, Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah dan barisan kepimpinan serta seluruh ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia turut merasa bangga dan mengucapkan tahniah serta berdoa semoga Dato’ Isma Amri terus maju jaya sebagai seorang juruodit bertauliah dan menyumbang kepada PSSCM demi memajukan budaya bangsa ini.