21 Jun 2014, Seremban – Majlis Istiadat Konvokesyen PSSCM kali ke-30 dan perasmian Sambutan 49 Tahun PSSCM berjalan dengan lancar. Majlis yang berlangsung di Dewan Datuk Haji Maideen, Seremban ini yang bertemakan “Budaya Silat Melahirkan Ummah Cemerlang” telah dihadiri oleh lebih 1000 orang ahli dari seluruh Malaysia.

Pada majlis ini seramai 301 orang ahli telah hadir menerima Sijil Rendah Silat Cekak daripada sejumlah 415 orang yang lulus. Daripada jumlah tersebut, seramai 32 orang daripadanya mendapat sijil dengan kepujian.

Majlis yang bermula jam 9.30 pagi ini dengan para tetamu mengambil tempat dan diikuti dengan perarakan masuk penerima sijil. Seterusnya perarakan masuk barisan kepimpinan PSSCM peringkat cawangan dan pusat. Perarakan masuk YM Guru Utama & Presiden PSSCM, Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah diiringi oleh Pengerusi Persilatan merangkap Pengerusi Sambutan 49 Tahun PSSCM, En. Safaran Bin Haji Ahmad serta Naib Presiden II PSSCM, Prof. Madya Dr. Ar. Haji Abdul Majid Bin Ismail.

YM Datuk Guru Utama dalam ucapan perasmiannya mengimbau kenangan beliau bersama ahli-ahli yang lain dalam majlis istiadat sebegini pada tahun 1975 yang lalu. Di samping itu juga Datuk Guru Utama juga berkata, melalui penerapan ilmu yang dibuat, Silat Cekak sebenarnya telah berjaya membudayakan ummah yang cemerlang.

Sepanjang majlis istiadat ini, alunan gamelan dan muzik silat berselang seli mengiringi majlis penyampaian penyampaian sijil Rendah Seni Silat Cekak.

140621 Majlis Konvokesyen PSSCM ke-30

Galeri Foto Istiadat Konvokesyen Ke-30