14 November 2018, Kuala Lumpur –  PSSCM diberikan penghormatan untuk membuat persembahan demonstrasi di hadapan YB Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia semasa Perasmian Persidangan Antarabangsa Kearifan Tempatan – International Conference on Local Knowledge 2018 (ICLK 2018) bertempat di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur.

Di persidangan ini, beberapa panel pembentang kertas kerja dari PSSCM turut terlibat untuk membentangkan kertas kerja mengenai Seni Silat Cekak Malaysia.

Terima kasih YB Timbalan Menteri atas kesudian bergambar bersama kami dan sudi berkunjung ke Booth Pameran Executive PSSCM.