29 Mac 2012, Ampang – Hajjah Julaiha Bte Mohd Ibrahim, bonda kepada YM Guru Utama & Presiden PSSCM, Datul Haji Maideen Bin Kadir Shah telah menghembuskan nafas terakhir di Unit CCU Hospital Ampang jam 6.00 petang di sisi YM Datuk dan keluarga kerana sakit tua selepas dua hari dimasukkan ke hospital berkenaan.

Allahyarhamah Hajjah Julaiha Bte Mohd Ibrahim

Allahyarhamah dikatakan mengalami keuzuran selepas rumahnya di Kampung Lembah Jaya Utara dilanda banjir besar awal 7 Mac 2012 yang lalu.

Jenazah Allahyarham telah dibawa ke rumah anaknya (abang YM Guru Utama) di No. 1, Jalan Wawasan 1/8, Bandar Baru Ampang. Majlis tahlil telah diadakan oleh ahli-ahli PSSCM, keluarga serta hadirin yang hadir mengziarahi dan mengucapkan takziah.

  
  

Jenazah dijangka dibawa ke rumah Allahyarham di No. 8, Jalan 1, Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang pada Jumaat 30 Mac 2012 jam 10.00 pagi dan akan disembahyangkan di Surau Lembah Jaya sejurus selepas itu. Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Kosas, Ampang sebelum tengahari.

Sumber daru keluarga memaklumkan bahawa majlis tahlil arwah akan diadakan selama tiga hari berturut-turut iaitu pada Jumaat, Sabtu & Ahad jam 9.00 malam di rumah abang YM Guru Utama. Ahli-ahli PSSCM dijemput hadir.

Setiausaha Agong PSSCM, Sdr. Mohd Hafiz Bin Jamil, barisan Jawatankuasa Pusat dan Cawangan serta ahli-ahli PSSCM merakamkan ucapan takziah ke YM Datuk Guru Utama serta keluarga di atas pemergian bonda beliau. Sehubungan dengan itu juga semua majlis Ijazah PSSCM ditangguhkan selama tiga hari sehingga Isnin 2 April 2012.