07 Jun 2014, Kuala Lumpur – Seramai 32 orang peserta  telah hadir dan diuji oleh Tenaga Pengajar PSSCM dalam Ujian Sijil Menengah Silat Cekak yang telah diadakan di Kelas Latihan Ibu Pejabat PSSCM di Jalan Kentr di sini bermula jam 8 malam. Calon-calon adalah antara mereka yang terpilih dan telah menjalani latihan intensif selama 5 bulan sebelum ini di Kelas Latihan Shah Alam.

 
Sebelum itu pada jam 2.30 petang, latihan ringan pada calon ujian telah dilaksanakan oleh Jurulatih Kelas Menengah iaitu Sdr Zafri Md Miar dan Sdr Rosman Mat Deli sehingga jam 6.30 petang.

 
YM Datuk Hj Maideen Bin Kadir Shah, Guru Utama & Presiden PSSCM turut hadir termasuk Ahli LPT, JKP PSSCM, YDP PSSCM Cawangan Negeri dan tenaga pengajar dari seluruh negeri.

Sebelum ujian, sesi taklimat oleh YM Datuk Hj Maideen telah diadakan bagi memaklumkan kepada semua peserta matlamat dan tujuan sebenar ujian diadakan. Tepat jam 10.00 malam semua peserta telah diuj. Alhamdulillah semua calon ujian yang telah menjalani ujian pada malam ini telah lulus dengan cemerlangnya.