Kota Bharu, 18 Nov 2009 – Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS) Peringkat Negeri Kelantan 2009 telah diadakan pada 18 November 2009 bertempat di Hotel New Pasific, Kota Bharu, Kelantan. Bagi Kategori Persatuan ianya telah dianugerahkan kepada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Kelantan (PSSCMCK). Jemputan demonstrasi oleh PSSCMCK yang disertai seramai 11 orang ahli telah diadakan semasa program ini dijalankan.

Kepilan penuh berita di sini.

” Enam kategori telah dipertandingkan iaitu kategori Anugerah Pertubuhan Sukan, Keluarga Aktif, Pemimpin Lelaki, Pemimpin Wanita, Penggerak Kesukarelawan dan Pemimpin Orang Kurang Upaya (OKU).'”

“… Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia dan Pertubuhan Gayung Fatani Malaysia telah menerima anugerah tersebut bersama dengan wang tunai bernilai RM1000, sijil penghargaan dan piala iringan.”

Keratan akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan 20 November 2009

Sinar Harian Edisi online di http://www.sinarharian.com.my/kelantan/content/story6023655.asp