Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada semua barisan Jemaah Menteri yang baru sahaja diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin, petang tadi.

Barisan Kabinet yang telah diumumkan tadi ternyata mempunyai kekuatan serta kepakaran di dalam bidang masing-masing dan sebagai rakyat Malaysia, kita mengharapkan agar Kabinet baharu ini mampu menerajui Malaysia ke arah yang lebih dinamik serta progresif berlandaskan syiar Islam.

Kami mendoakan semoga mereka yang baru sahaja dilantik ini mampu untuk menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaiknya demi Agama, Bangsa dan Negara!