Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi Tahniah & Syabas kepada En. Abdul Halim bin Saad, Yang DiPertua Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Perak diatas perlantikan beliau sebagai Yang DiPertua Majlis Daerah Kampar berkuatkuasa mulai 01 April 2020.

Majlis penyampaian surat perlantikan telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan pada 30 Mac 2020 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Selamat Maju Jaya buat Tuan Yang DiPertua!