28 Disember 2020, Kuala Lumpur – Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) telah berjaya menganjurkan Majlis Sambutan 55 Tahun PSSCM dengan membawa tema “Budaya Silat Warisan Dunia”. Lebih istimewa, pada tahun ini, PSSCM telah mengorak langkah mengadakan program-programnya secara alam maya melalui medium Facebook Live dan Cisco Webex Meeting bagi menyesuaikan dengan norma baharu di dalam suasana pandemik COVID-19.

Program “Virtual Run and Ride” telah diadakan bagi tujuan menyuburkan perhubungan silaturrahim sesama ahli atas semangat bersama bersatu di samping menyemai gaya hidup aktif dan sihat dikalangan ahli dan masyarakat umumnya.

Majlis Pelancaran novel sejarah “Panglima Ismail : Pahlawan Kedah” yang ditulis oleh penulis novel terkenal, Abdul Latip bin Talib juga di antara pengisian penting sambutan perayaan kali ini, disusuli dengan Forum bertajuk “Nostalgia Ustaz Hanafi” telah diadakan dengan penampilan istimewa daripada Guru Utama dan Presiden PSSCM sendiri, YM Datuk Hj Maideen Bin Kadir Shah dan Tuan Hj Ghazali Bin Abdul Rahman yang mengupas pengalaman hidup dan proses berguru mereka dengan Almarhum Ustaz Hanafi Bin Haji Ahmad, Pengasas Agung PSSCM PSSCM juga merancang untuk mengadakan enam lagi Siri Webinar secara alam maya seumpamanya sehingga Jun 2021.

Secara keseluruhan, program ini telah memberi impak yang besar dengan penglibatan lebih 1500 peserta meliputi segenap masyarakat, pelajar IPT, dan juga pelajar-pelajar sekolah. Selain dari itu, PSSCM juga telah mengorak langkah dalam menerbitkan novel sejarah Melayu bersama penulis terkenal dalam usaha melestarikan budaya dan nilai sejarah Melayu kepada seluruh pelusuk masyarakat. Program ini juga telah mendapat liputan media termasuk TV3.


Laporan penuh Buletin Utama TV3 di sini 

Galeri foto Majlis Sambutan 55 Tahun PSSCM di sini