15 Feb 2020, Seremban – Seramai 192 daripada 208 orang ahli-ahli PSSCM seluruh negara telah mengikuti Majlis Perasmian Dan Petua Sijil Menengah Anugerah PSSCM yang berlangsung di Dewan Datuk Haji Maideen di sini.

Sijil Menengah Anugerah ini adalah anugerah Guru Utama PSSCM dan kali terakhir ia diadakan adalah pada tahun 2014. Pada tahun ini menampilkan jumlah yang teramai dalam sejarah Sijil Menengah Anugerah Silat Cekak.

Terima kasih yang tidak terhingga buat YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden PSSCM, barisan LPT, JKP serta Ketua Cawangan yang hadir untuk melengkapi Majlis yang diadakan pada hari ini.

Syabas dan tahniah buat semua peserta Sijil Menengah Anugerah dan selamat menduduki ujian pada 14hb Mac akan datang.

Sila like dan kongsi artikel ini:
Facebook
Twitter
Visit Us
Follow Me
YouTube
YouTube
Instagram