1 Februari 2020, Kuala Terengganu – bertempat di Rumah Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Terengganu, telah berlangsungnya Majlis Penutup bagi Sijil Menengah Akademik untuk sesi 2018/2019.

Majlis telah dihadiri seramai 82 penuntut yang terdiri daripada Tenaga Pengajar PSSCM yang terlibat secara langsung bagi kelas SMA siri ke-4 ini.

Jutaan terima kasih buat YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden PSSCM di atas kesudian untuk hadir dan merasmikan majlis penutup ini.

Turut hadir sama pada majlis berkenaan iaitu YBhg En Zafri bin Mohd Miar, Ahli LPT PSSCM, dan juga kepada barisan Jawatankuasa Pusat serta Ketua Cawangan yang sudi hadir sama bagi memeriahkan majlis.