Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) telah menganjurkan Kejohanan Wajadiri kali ke 9 (KWD 9) bertempat di Universiti Selangor (UNISEL), Bestari Jaya. Para peserta bagi Kejohanan Wajadiri pada kali ini  terdiri daripada wakil Sekolah, Jemputan (Cawangan) dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) Putera dan Puteri di Semenanjung Malaysia.

Pada sebelah pagi, acara ini bermula dengan ketibaan para peserta dan tetamu jemputan dan kehormat. Majlis perasmian KWD 9 dimulakan dengan ucapan aluan Pengarah Program KWD 9, Saudara Muhammad Izzat Aiman bin Khairil Anizam. Majlis ini diteruskan ucapan aluan Ketua Penerangan PSSCM dan Pengerusi Program KWD 9, Yang Berbahagia En. Rostam bin Hamzah. Ucapan pembukaan rasmi KWD 9 dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof Madya Dr Hamdan Bin Dato’ Mohd Salleh, Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti Universiti Selangor (Unisel).

Kategori Jemputan dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) terdiri daripada empat kategori yang dipertandingkan, hanya sekolah mempunyai dua kategori yang dipertandingkan. Acara ini telah bermula pada jam 12:40 tengah hari dan berakhir jam 5:30 petang.

Pada sebelah malam, majlis diteruskan dengan ucapan Penasihat PSSCM Unisel Bestari Jaya, En Mohd Zaid bin Mohd Fauzi dan diumumkan senarai pemenang bagi Kategori Sekolah, Jemputan dan Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Majlis penutup Kejohanan Wajadiri ke 9 telah dirasmikan oleh Yang Mulia Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden PSSCM. Majlis berakhir dengan nyanyian lagu Warisan Mutlak. Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) telah diumumkan  menjadi Tuan Rumah Kejohanan Wajadiri PSSCM kali ke 10.

Universiti Sains Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris muncul juara keseluruhan bagi kategori Putera dan Puteri Kejohanan Wajadiri PSSCM kali ke-9 yang berlangsung di Universiti Selangor, Bestari Jaya.

Berikut senarai  keputusan penuh Kejohanan Wajadiri kali ke 9:

SEKOLAH:

Kategori 1
Tempat Pertama: Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Putera)
Tempat Kedua: Sekolah Menengah Setia Budi (Putera)
Tempat Ketiga: Asia Pacific Smart School
Tempat Keempat: Maahad Muhammadi L
Tempat Kelima: Kolej Vokasional Slim River

Kategori 2
Tempat Pertama: Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Puteri)
Tempat Kedua: Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (Putera)
Tempat Ketiga: Sekolah Menengah Setia Budi (Puteri)
Tempat Keempat: Sekolah Smart Kuantan
Tempat Kelima: Madrasah Tahfiz Darul Ansar

JEMPUTAN

Kategori 1
Tempat Pertama: Cawangan Negeri Sembilan
Tempat Kedua: Cawangan Selangor
Tempat Ketiga: Cawangan Perak
Tempat Keempat: Cawangan Melaka
Tempat Kelima: Cawangan Seberang Perai

Kategori 2
Tempat Pertama: Cawangan Negeri Sembilan
Tempat Kedua: Cawangan Selangor
Tempat Ketiga: Cawangan Perak
Tempat Keempat: Cawangan Terengganu
Tempat Kelima: Kelas Latihan Putrajaya

Kategori 3
Tempat Pertama: Cawangan Selangor
Tempat Kedua: Cawangan Negeri Sembilan
Tempat Ketiga: Cawangan Kelantan
Tempat Keempat: Cawangan Seberang Perai
Tempat Kelima: Kelas Latihan Putrajaya

Kategori 4
Tempat Pertama: Cawangan Kelantan
Tempat Kedua: Cawangan Terengganu
Tempat Ketiga: Cawangan Selangor
Tempat Keempat: Cawangan Kedah
Tempat Kelima: Cawangan Melaka

IPT PUTERA

Kategori 1
Tempat Pertama: Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Tempat Kedua: Universiti Malaysia Kelantan
Tempat Ketiga: Uniersiti Sains Malaysia Induk,
Tempat Keempat: Universiti Sultan Zainal Abidin,
Tempat Kelima: Universiti Malaya

Kategori 2
Tempat Pertama: Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Tempat Kedua: Universiti Malaysia Kelantan
Tempat Ketiga: Universiti Selangor Shah Alam
Tempat Keempat: Universiti Malaya
Tempat Kelima: Uitm Shah Alam

Kategori 3
Tempat Pertama: Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Tempat Kedua: Universiti Sains Malaysia
Tempat Ketiga: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak
Tempat Keempat: Unikl Miat
Tempat Kelima: Politeknik Port Dickson

Kategori 4
Tempat Pertama: Universiti Malaysia Kelantan
Tempat Kedua: Universiti Malaya
Tempat Ketiga: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak
Tempat Keempat: Unikl Miat
Tempat Kelima: Politeknik Port Dickson

IPT PUTERI

Kategori 1
Tempat Pertama: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tempat Kedua: Universiti Selangor Bestari Jaya
Tempat Ketiga: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak
Tempat Keempat: Universiti Malaysia Kelantan
Tempat Kelima: Uniersiti Utara Malaysia

Kategori 2
Tempat Pertama: Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tempat Kedua: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak
Tempat Ketiga: Universiti Malaysia Pahang
Tempat Keempat: Universiti Selangor Bestari Jaya
Tempat Kelima: Uitm Seri Iskandar

Kategori 3
Tempat Pertama: Universiti Selangor Bestari Jaya,
Tempat Kedua: Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Tempat Ketiga: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tempat Keempat: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak
Tempat Kelima:: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan

Kategori 4
Tempat Pertama: Uitm Shah Alam,
Tempat Kedua: Uitm Seri Iskandar
Tempat Ketiga: Uitm Merbok
Tempat Keempat: Universiti Selangor Shah Alam
Tempat Kelima: Politeknik Ungku Omar