22 Februari 2020, Kuala Lumpur

Sekalung Tahniah buat Prof. Madya Dr. Abdul Hafiz Ab Majid (Pusat Pengajian Sains Kajihayat) / Anugerah Khas “Japan Intellectual Property Association (JIPA)” / Kategori: Pertanian, Penternakan & Hortikultur, Akuakultur dan Perikanan / Tajuk Hasil Inovasi: Bio-BacChi Termite.

Kejayaan Dr. Adbul Hafiz dilakar bersama-sama Universiti Sains Malaysia (USM) ini, meneruskan kecemerlangan inovasi dan penyelidikan apabila melakar kemenangan bermakna meraih 6 pingat Emas, 7 Perak dan 2 Gangsa serta 1 Anugerah Terbaik dan 3 Anugerah Khas pada pertandingan Malaysia Technology Expo (MTE) 2020. MTE 2020 berlangsung selama tida hari di World Trade Centre, Kuala Lumpur.

Prof. Madya Dr. Abdul Hafiz Ab Majid merupakan Penasihat 1 PSSCM Universiti Sains Malaysia (USM) yang juga merupakan salah seorang pengkaji akademik PSSCM yang sangat aktif membentangkan kertas-kertas kerja PSSCM diperingkat antarabangsa selain menjadi tenaga pengajar PSSCM lebih dari 10 tahun.

Kejayaan ini pasti akan meningkatkan lagi semangat para penyelidik dan penulis-penulis muda Silat Cekak.

Syabas dan tahniah diucapkan.

Berita penuh / sumber di http://bit.ly/2HLrcyW