Gombak, 12 September 2009 – Lebih 350 orang ahli PSSCM dari cawangan, pusat latihan, kelas latihan dan IPT sekitar Lembah Kelang telah menghadiri Majlis Sambutan Nuzul Quran peringkat PSSCM Lembah Kelang. Majlis anjuran Jabatan Bina Insan PSSCM ini dihadiri oleh Naib Presiden PSSCM, Datuk Haji Maideen Kadir Shah serta beberapa orang Jawatankuasa Pusat. Turut hadir, wakil PSSCM Cawangan Pulau Pinang, Perak dan Pahang.

Sebaik sahaja selesai berbuka puasa bertempat di Dewan Makan Sekolah Setia Budi, para hadirin menunaikan solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan tahlil ringkas khas buat ahli dan keluarga ahli yang baru kembali ke rahmatullah. Majlis kemudiannya diikuti dengan Solat Isyak dan Terawikh berjemaah.

Ceramah Nuzul Quran kemudiaannya menyusul dan disampaikan oleh Ustaz Adli Bin Saad. Majlis berakhir dengan ucapan oleh Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Kadir Shah, Naib Presiden PSSCM.