19 Mac 2020, Kuala Lumpur – Sempena pengiystiharan Perintah Pergerakan Terhad oleh pihak kerajaan Malaysia yang berkuatkuasa dari 18 Mac 2020 – 31 Mac 2020 ekoran wabak Covid-19 yang menjadi pandemik di seluruh dunia, PSSCM masih mampu melaksanakan bacaan yasin hajat secara beramai-ramai.

Dengan kerjasama Jabatan Teknologi Maklumat, Jabatan Penerangan dan Jabatan Bina Insan, bacaan yasin hajat yang diadakan pada kali ini diadakan serentak tepat pada jam 9.30 malam dan dipimpin secara langsung oleh Sdr. Azman Bin A. Malik menerusi FB Live PSSCM di https://www.facebook.com/cekakmalaysia .

Seramai lebih 200 live viewer di kalangan ahli-ahli PSSCM membuat bacaan serentak bersama keluarga masing-masing di rumah.

Yasin hajat kali ini adalah khas untuk memohon pertolongan Allah swt bagi membendung, menghindari dan mencegah wabak Covid-19 yang melanda dunia amnya dan negara kita Malaysia khasnya serta memberikan kesihatan yang baik kepada seluruh ahli-ahli PSSCM dan keluarga serta seluruh kaum muslimin dan muslimat.