Assalamualaikum wbt.

Dengan hormatnya, Jawatankuasa Pusat PSSCM mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Jawatankuasa Pusat dan Ketua Cawangan yang prihatin terhadap isu semasa yang melanda negara dengan wabak pandemik COVID-19.

Pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia sebagai pihak berkuasa kepada semua pertubuhan di negara ini telah mengeluarkan LARANGAN untuk semua pihak dan menangguhkan segala aktiviti/program/perhimpunan/mesyuarat agung sehingga 30 Jun 2020.

Justeru pihak Jawatankuasa Pusat PSSCM mengeluarkan pekeliling berikut kepada semua untuk kita akur kepada arahan pihak berkuasa dan membantu serta bekerjasama dengan pihak kerajaan khususnya kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia atau kakitangan Hospital yang bekerja keras untuk menangani wabak pandemik ini.

Semoga Allah SWT melindungi dan menyelamatkan kita dan negara ini dari wabak merbahaya dan dari segala bencana.