1 Februari 2017, Kuala Lumpur – Sekalung Tahniah kepada Tuan Haji Rosli Abd Rahim, Ahli Jawatankuasa Pusat PSSCM di atas pengurniaan bintang Ahli Mahkota Wilayah (A.M.W.) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-XV, Sultan Muhammad V, sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2017 di Istana Negara di sini hari ini.

YM Guru Utama dan Presiden, Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah serta seluruh barisan kepimpinan dan ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah serta berdoa semoga Tuan Haji Rosli Abd Rahim terus maju jaya dan menyumbang bakti kepada PSSCM demi membangunkan budaya bangsa ini.