19 April 2015, Melaka – Festival dan Penganugerahan Silat Negeri Melaka 2015 anjuran kerajaan negeri Melaka telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari bermula 17 hingga 19 April 2015.
 
 
Festival tiga hari ini dimeriahkan dengan pelbagai persembahan demonstrasi silat dari pelbagai pertubuhan silat dari dalam dan luar Negara. Turut menyertai persembahan Demonstrasi ialah PSSCM CNM dan PSSCM CNS.
 
Dalam majlis ini, beberapa tokoh persilatan telah diberikan penghargaan oleh kerajaan Negeri Melaka. Turut menerima anugerah ialah Encik Sham bin Haji Mohd Ghani, YDP PSSCM Cawangan Negeri Melaka dan Puan Mariam binti Ali, AJK PSSCM Cawangan Negeri Melaka telah menerima Anugerah Hang Kasturi dan Anugerah Dang Anum yang telah disampaikan pada Festival dan Penganugerahan Silat Negeri Melaka 2015 di Perkampungan Hang Tuah. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Ir Hj Idris bin Haji Haron, Ketua Menteri Melaka. Turut hadir adalah Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakub, Yang Di Pertua Negeri Melaka.
 
 
Penyertaan seluruh ahli PSSCM CNM dan PSSCM CNS mencecah 150 orang dalam festival ini. Turut hadir ialah Barisan kepimpinan PSSCM CNS yang diketuai oleh Tuan Haji Baharudin bin Mohd Abdul Rahim YDP PSSCM CNS.
 
Sumber PSSCM Cawangan Melaka