12 Mac 2012, Bukit Mertajam – YM Guru Utama PSSCM, Tuan Haji Ishak Bin Itam telah menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman beliau di No. 901, Mukim 8, Tanah Liat, Bukit Mertajam, Seberang Perai pada hari ini, Isnin 12 Mac 2012 jam 4.50 petang pada usia 77 tahun.

Al-Marhum Haji Ishak Bin Itam
(23 Julai 1935 – 12 Mac 2012)

Jenazah dijangka dikebumikan pada Selasa 13 Mac 2012 jam 11.00 pagi. Kepada ahli-ahli yang ingin menziarahi jenazah, diminta berkumpul di Masjid Kg. Tengah Berapit, Bukit Mertajam jam 9.00 pagi.

PSSCM juga dalam satu kenyataan menangguhkan semua aktiviti persilatan di kelas-kelas latihan serta semua majlis-majlis PSSCM di seluruh Malaysia sehingga hari Isnin, 19 Mac 2012.

Almarhum Tuan Haji Ishak Itam telah memimpin PSSCM selaku Guru Utama sejak 21 September 1986. Almarhum telah menyerahkan Jawatan Guru Utama dan Presiden kepada Datuk Haji Maideen pada hari Rabu, 03 Jun 2009 bersamaan 09 Jamadil-Akhir 1430H di kediamannya dan secara beradat pada hari Khamis 23 Jun 2009 bersamaan 29 Jamadil-Akhir 1430H jam 1.00 pagi. Penyerahan ini dibuat kerana masalah kesihatan beliau dan ianya telah diterima oleh semua pentadbir PSSCM dan Ketua Cawangan Negeri.

Di atas perkenan YM Guru Utama, Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah juga, ahli-ahli yang tidak berkesempatan bersama untuk hadir mengziarahi Almarhum Tuan Haji Ishak Bin Itam di Tanah Liat, Bukit Mertajam, majlis tahlil untuk almarhum disarankan dapat diadakan selama tiga hari berturut-turut mulai besok, Selasa 13.3.2012 (malam Rabu), Rabu 14.3.2012 (malam Khamis) dan Khamis 15.3.2012 (malam Jumaat).

Berita lanjut akan menyusul …
Maklumat terkini boleh didapati di Facebook PSSCM