Pertandingan Karnival Wajadiri IPT PSSCM 1Malaysia kali ke-5

Pertandingan Karnival Wajadiri IPT PSSCM 1Malaysia kali ke-5 dimulai jam 12.30 tengahari dengan 4 kategori yang dipertandingkan. Kategori tersebut adalah Kategori 1: Senaman, kaedah dan buah Jatuh; Kategori 2: Tempur Sepasang;  Kategori 3: Umum Tangan Kosong; Kategori 4: Umum senjata. Pertandingan diadakan secara serentak di empat (4) petak pertandingan.

Kematapan senaman dan kaedah dipersembahan dalam pelbagai formasi unik dari setiap kumpulan yang bertanding. Kreativiti juga terpampar dalam kategori tempur sepasang apabila penyerang berlagak dalam pelbagai gaya serangan. Walaupun disyaratkan tanpa suara, namun dramatik pemakan jelas kelihatan diriak wajah penyerang setiap kali dijatuhkan oleh pengamal silat cekak. Tidak kurang hebatnya ketangkasan di dalam kategori umum samada umum tangan kosong mahupun umum bersenjata.

Galleri foto di sini …

 

Oleh : Deqmah Anja
Foto : Shaiful Yusop