TITAH DIRAJA BERKENAAN COVID-19

Menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk pematuhan Perintah Kawalan Pergerakkan bagi menangani wabak COVID-19.

Warga Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang sentiasa prihatin kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara ini.

Daulat Tuanku!

Muka Penuh: Klik Di Sini  |  Sumber: Istana Negara

KENALI SILAT CEKAK MALAYSIA

Silat Cekak Malaysia ialah salah sebuah seni silat Melayu asli yang pernah diamalkan oleh panglima kanan kerajaan Kedah di zaman di zaman Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin II. Ia mempunyai hanya 21 buah matapelajaran, yang mana ia menekankan kepada 99% mempertahankan diri dan 1% menyerang.

Diilham Dari Pergerakan Solat

Kaedah dalam Silat Cekak Malaysia adalah diilhamkan dari pergerakan Solat. Kaedah A dari perbuatan Doa, kaedah B dari perbuatan Qiam, kaedah C dari perbuatan Rukuk dan Kaedah D dari perbuatan Takbir.

Mengikut Fitrah Manusia

Buah-Buah Silat Cekak Malaysia ringkas dan selari dengan pergerakan fitrah manusia, menyebabkan ia sesuai untuk dipelajari oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan jantina.

Pembelajaran Sistematik

Matapelajaran Silat Cekak Malaysia telah disusun dengan sistematik 3 tahap untuk memberi pemahaman yang lebih jitu, membolehkan ia dipelajari dalam tempoh yang singkat.

99% Pertahanan, 1% Menyerang

Pelajarannya lebih menitikberatkan dari segi pertahanan diri supaya terlatih dengan keberanian, bukan mengganas atau menceroboh. Hanya bila terpaksa demi keselamatan diri, barulah Cekak menyerang.

Keseimbangan Rohani & Jasmani

Didikan Silat Cekak tidak hanya terhad kepada pembelajaran silat sahaja, aktiviti dan majlis keagamaan serta kemasyarakatan turut dititikberatkan bagi memastikan nilai murni agama dan budaya dapat diterapkan.

Pembelajaran Sepanjang Hayat

Proses pembelajaran Silat Cekak merangkumi pelbagai aspek kehidupan dan seterusnya memupuk nilai-nilai murni yang tersirat dalam buah-buah Silat Cekak supaya dapat berjasa kepada agama, bangsa, dan tanahair.

PENGGERAK SILAT CEKAK MALAYSIA

Almarhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad

(1965-1986)

Almarhum Ustaz Haji Ishak Bin Itam

(1986-2009)

YM Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah

(2009-Kini)

Jawatankuasa Pusat

LPT

Cawangan Negeri

Jabatan-Jabatan

Facebook
Twitter
Visit Us
Follow Me
YouTube
YouTube
Instagram