14 Februari 2021, Pulau Pinang – Dukacita dimaklumkan Puan Hjh Siti Zabidah binti Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mama Bedah telah kembali ke rahmatullah di Hospital Pulau Pinang jam 4.10 pagi selepas lebih seminggu dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan dan pembedahan pada usia 67 tahun.

YM Guru Utama, Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah serta seluruh kepimpinan PSSCM Pusat dan negeri dan ahli-ahli PSSCM keseluruhannya mertakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhumah Puan Hjh Siti Zabidah binti Abdul Hamid dan mendoakan semoga roh beliau dicucuri rahmat dan redha Allah SWT serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang solihah.

Almarhumah mula belajar Silat Cekak pada tahun 1981 di Cawangan Pulau Pinang dan tamat pada tahun 1982. Beliau mula dilantik sebagai Tenaga Pengajar PSSCM pada 1 September 1990. Pemergian Puan Hjh Siti Zabidah binti Abdul Hamid kerahmatullah merupakan satu kehilangan besar kepada PSSCM amnya dan di cawangan Pulau Pinang khasnya.


Almarhumah Puan Siti Zabidah Binti Abd Hamid
(18 Jan 1954 – 14 Feb 2021)

 

Jenazah dijangka dibawa ke Masjid As Salam Sri Nibung jam 10.30 pagi untuk urusan mandi, kafan. Solat jenazah dijangka diadakan selepas solat Zohur. Majlis pengkebumian dijangka diadakan di Tanah Pekuburan Masjid Jamek.