25 Jun 2011, Kuala Lumpur – YM Guru Utama & Presiden PSSCM, Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah mengajak warga PSSCM untuk mengadakan transformasi dalam PSSCM ke arah kegemilangan warisan bangsa ini agar ianya tak lapuk di telan zaman. Beliau memberikan ucaptama semasa merasmikan Mesyuarat Agong Perwakilan Ke-39 (MAP 39) Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia yang berlangsung di Dewan Besar UTM International, Jalan Semarak di sini.

MAP 39 yang dipengerusikan oleh En. Sham Bin Mohd Ghani, Yang DiPertua PSSCM Cawangan Melaka telah dihadiri oleh seramai 519 orang perwakilan PSSCM dari seluruh cawangan PSSCM di seluruh negara. Turut hadir ke majlis perasmian ini ialah Setiausaha Agong Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), En. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Datuk Omar Din.

MAP 39 ini antara lain memperlihatkan pertandingan menyandang jawatan-jawatan utama PSSCM. Para perwakilan bersetuju sebulat suara memilih cadangan calon yang dicadangkan oleh cawangan-cawangan dengan keputusan jawatan adalah seperti berikut :

Presiden :
Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah
Naib Presiden I:
En. Roslin Bin Ali Omar
Naib Presiden II :
Prof. Madya Ar. Dr. Hj. Abdul Majid
Ahli Jawatankuasa :
En. Safaran Bin Ahmad
Tn. Hj. Mohd Fizol Bin Saad @ Zakaria
En. Mohamad Fadillah Bin Mohamad Ares
En. Sazarin Bin Sardomo
En. Faizal Bin Mohd Yusof
En. Zaini Bin Marzuki
Penasihat Undang-undang :
En. Riza Makhzan Bin Arifin
Juru Audit :
En. Isma Amri Bin Abdul Manan
En. Malek Rizal Bin Hizat

Di samping itu juga jawatankuasa pusat membawa satu usul baagi meminda perlembangaan PSSCM berhubung pembayaran yuran masuk dan yuran tahunan PSSCM. Usul ini telah diterima sebulat suara oleh perwakilan setelah penjelasan panjang dan jelas diberikan oleh En. Zaini Bin Marzuki. MAP ke 40 yang akan diadakan pada tahun hadapan akan dipengerusikan oleh En. Yusuf Bin Husin, Yang DiPertua PSSCM Cawangan Pahang.