03 Jun 2014, Gombak – Bertempat di Pejabat Rektor UIAM Gombak, jam 3.00 petang, satu sesi temuramah bersama YBhg Prof Datuk Seri Dr. Zaleha Kamaqrudin, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak telah berjaya dengan usaha dan kerjasama PSSCM UIAM Gombak. 

Wakil PSSCM terdiri daripada Sdr Rosman Mat Deli, Ketua Penerangan PSSCM, Sdr Faizal Yusof, Pengerusi Jabatan Pendidikan PSSCM, Sdr Belteshazzar @ Aminuddin Abdul Rashid, YDP PSSCM UIA Gombak, Puan Wani, Sdr Che Masrudin dan ahli-ahli PSSCM UIAM.

Kerjasama YBhg Datuk Seri Zaleha didalam menjayakan slot temuramah tersebut amat dikagumi. Beliau sanggup melapangkan masa selama hampir 2 jam bagi memberi peluang kepada PSSCM untuk ditemuramah.

Beliau telah mempelajari Silat Cekak pada tahun 1981 di Universiti Malaya sehingga tamat. Berasal dari keluarga yang sederhana, dilahirkan di Raub Pahang. Bapa nya bertugas sebagai seorang anggota polis. Walaupun tidak aktif selepas tamat namun beliau sentiasa memerhatikan perkembangan PSSCM. Dihati nya berasa amat kagum dan bangga dengan perkembangan terkini PSSCM.

Semasa sesi temuduga, YBhg Datuk Seri Zaleha sempat bersilat, JP PSSCM telah merakamkan slot tersebut dengan video serta gambar still. Beliau nampak bersemangat serta masih ingat buah-buah pelajaran PSSCM serta kata kata hukamah Almarhum Ustaz Haji Hanafi, Pengasas PSSCM.
 

Semasa ditemuramah beliau turut berhasrat,

1. Saya ingin kembali semula bersama kepada Silat Cekak. 
2. PSSCM perlu memantapkan Penyelidikan & Pembangunan bagi menghasilkan banyak produk ilmiah termasuk buku rujukan.
3. PSSCM boleh menjadikan UIAM sebagai “Hab Silat” agar semua pelajar dari negara Antarabangsa boleh mempelajari Silat Cekak. Ilmu dan kefahaman Silat Cekak khasnya Budaya Bangsa Melayu akan subur di serata dunia.
4. PSSCM perlu memperbanyakan promosi atau sebagai branding produk,yang berterusan bukan bermusim sehinggakan masyarakat terpahat diingatan nya apabila menyebut mengenai silat,sudah pasti Silat Cekak Malaysia.


Syukur Alhamdulillah ,tempuh perkhidmatan beliau di UIA telah dilanjutkan selama 2 tahun lagi.Dengan saranan dan semangat Ybhg Datuk Seri Zaleha sudah pasti memberi kekuatan khasnya kepada ahli Wanita Cekak.

Kita berdoa semuga Allah S.W.T, memberi beliau kekuatan dan kemudahan didalam melaksanakan tugasan nya. Amin

Temuramah tersebut selesai pada jam 5.00 pm.

 

Artikel & Foto : Jabatan Penerangan PSSCM