Setinggi-tinggi Ucapan Penghargaan dan Tahniah buat YAB Tan Sri Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin di atas perlantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8. Acara Angkat Sumpah di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong telah selesai dilaksanakan di Istana Negara pada jam 10.30 pagi bertarikh 1hb Mac 2020, tadi.

Sama-sama kita mendoakan semoga YAB Tan Sri Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin dapat memacu Negara ke arah yang lebih baik berlandaskan Islam, sejajar dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Kami warga Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) akan memberikan sokongan penuh demi Agama, Bangsa dan Negara. PSSCM menjunjung kasih ke bawah Duli Tuanku di atas berkenan melantik Perdana Menteri  ke 8.

 

Sila like dan kongsi artikel ini:
Facebook
Twitter
Visit Us
Follow Me
YouTube
YouTube
Instagram