12 Jan 2013, Melaka – Bertempat di World Youth Hotel Ayer Keroh, Melaka, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) telah mengadakan Persidangan Tahunan Ke-13, 2012 dengan jayanya. Persidangan yang bermula jam 3.30 petang tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Wira Haji Othman bin Muhammad Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka mewakili YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam Presiden PESAKA merangkap Ketua Menteri Melaka. Beliau tidak dapat hadir atas sebab urusan rasmi di Holland.


Jumlah perwakilan yang hadir seramai 77 orang dan dipengerusikan oleh YBhg Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin. PSSCM telah diwakili oleh Sdr Mohd Hafiz bin Jamil Setiausaha Agung PSSCM, Sdr Zaini bin Marzuki JKP PSSCM, Sdr Jasmy Fardzy bin Abdul Aziz Setiausaha PSSCM Cawangan Melaka dan YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah Guru Utama & Presiden PSSCM mewakili Dewan Perguruan. Sdr Sham bin Haji Mohd Ghani mewakili Exco PESAKA dan YBhg Sdr Rosman bin Mat Deli sebagai Naib Presiden PESAKA.


Persidangan Tahunan kali ini merupakan pemilihan bagi Jawatankuasa PESAKA sesi 2013-2016. Tahniah barisan kepimpinan PESAKA dapat dikekalkan walaupun ada pertandingan:

1. Presiden – Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam, menang tanpa bertanding
2. Timbalan Presiden – YB Datuk Haji Md Sohaimi bin Mohammed Shah
3. Naib Presiden 1 – YBhg Datuk Haji Zubir bin Embung
4. Naib Presiden 2 – YBhg En. Rosman bin Mat Deli
5. Setiausaha Agung – YBhg Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin
6. Bendahari Agung – Para perwakilan bersetuju dengan sebulat suara jawatan tersebut akan dinamakan oleh YAB Presiden PESAKA.


Persidangan tersebut turut dihadiri oleh Sdr Fizol bin Saad, Sdr Mohd Fadzillah bin Muhammad Ares, JKP PSSCM, ahli-ahli PSSCM Cawangan Melaka seramai 40 orang dan krew JP PSSCM.

Walaupun suasana agak panas dan tegang semasa persidangan tetapi terkawal. YM Datuk Haji Maideen telah diberi peluang untuk membuat ucapan penangguhan mewakili Dewan Perguruan PESAKA. Beliau telah memberi pandangan dan pendapat yang bernas di dalam usaha membangunkan PESAKA dalam konteks ilmu dan modal insan.

Persidangan tersebut berakhir pada jam 9.30 malam.

Tahniah kepada semua perwakilan yang hadir.

Galleri foto di sini 

Sila like dan kongsi artikel ini:
Facebook
Twitter
Visit Us
Follow Me
YouTube
YouTube
Instagram