21 Mac 2015, Gombak – PSSCMUIAM telah menganjurkan Majlis Makan Malam Alumni PSSCMUIAM bertempat di Dewan Utama, Pusat Aktiviti Kebudayaan (CAC) UIAM. Majlis ini diadakan dari jam 8.00 malam hingga jam 11.00 malam. Majlis ini telah dihadiri oleh 400 peserta yang terdiri daripada Alumni PSSCMUIAM, ahli PSSCMUIAM, pentadbir PSSCM dan UIAM serta beberapa jemputan khas.

Antara aktiviti menarik yang telah menyerikan majlis pada malam tersebut ialah demonstrasi khas alumni, persembahan dari kumpulan nasyid ERTI serta persembahan khas multimedia sempena sambutan Jubli Perak PSSCMUIAM. Pada malam tersebut beberapa pelancaran khas juga telah diadakan iaitu majlis pelancaran kelas antarabangsa yang pertama serta pelancaran PSSCMUIAM Alumni Chapter, kumpulAn alumni yang diiktiraf UIAM.

Pada malam ini juga telah diadakan Majlis Penutupan Sambutan Jubli Perak PSSCMUIAM yang telah disempurnakan oleh Rektor UIAM, Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha binti Kamaruddin.

Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya dan menjadi titik tolak sebagai usaha untuk mengembangkan Seni Silat Cekak Malaysia ke persada antarabangsa.

 

“PSSCMIIUM TOWARDS GOLDEN JUBILEE”

 

Sumber : PSSCMUIAM Online (http://www.psscmuiam.org/?p=2222)

Foto : Jabatan Penerangan PSSCM

Facebook : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.806373339445419.1073741853.202771646472261&type=1