2 Februari 2012, Kuala Lumpur – Setiausaha Agong PSSCM, Sdr. Mohd Hafiz Bin Jamil muncul secara live di radio Asyik FM melalui segman Salam Seni mulai jam 11:15 malam. Beliau ditemuramah menerusi telefon oleh dua orang pengacara AsyikFM.

Antara topik perbincangan adalah meliputi asal usul Seni Silat Cekak, perbezaan Seni Silat Cekak dengan lain-lain seni beladiri serta bagaimana Seni Silat Cekak dapat membentuk generasi baru ke arah pembentukan akhlak yang mulia serta mampu menerapkan nilai-nilai yang baik.

Dari segi pembelajaran, beliau turut menekankan tentang pembelajaran Seni Silat Cekak Malaysia sehingga ke peringkat sijil rendah iaitu bagi menunjukkan yang silat ini turut menekankan tentang aspek teori dan praktikal.

Mohd Hafiz turut memaklumkan pelbagai aktiviti yang dirancang oleh PSSCM seperti aktiviti mingguan seperti Majlis Tahlil, Bacaan Yasin, Marhaban, Qasidah & Burdah yang diadakan pada setiap malam Jumaat di seluruh negara di samping lain-lain aktiviti seperti Sambutan Maulidurrasul, Kursus Sembelihan dan sebagainya serta Kejohanan Wajadiri Seni Silat Cekak Malaysia. Temubual selama dua puluh minit berakhir jam 11.45 malam.

Rakaman temuramah boleh di download di https://www.silatcekak.org.my/download/hafiz3.wma .