6 September 2013, Putrajaya – YM Guru Utama & Presiden PSSCM Datuk Hj Maideen Kadir Shah hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri YAB Dato’Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia bersama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu bertempat di Seri Perdana di sini.

Beliau diiringi oleh Barisan Kepimpinan Pusat PSSCM terdiri dari En. Safran Ahmad Pengerusi Persilatan, En. Mohd Hafiz Jamil Setiausaha Agung PSSCM, Bendahari Agung PSSCM En. Suradi Abd Rahman, Ketua Penerangan PSSCM En. Rosman Mat Deli, Hj Mohd Fizol Mohd Saad, Zainol Syaifuddin, Faizal Mohd Yusof, Rostam Hamzah, Sham Ghani YDP PSSCM Cawangan Melaka, Hj Rosli Abd Rahim, Sdr Shaharuddin Yasin,n Karim Said, Roslim Abdullah, Hj Mustafa Ghani, ahli PSSCM Kelas Latihan Putrajaya & krew Jabatan Penerangan PSSCM. 

Majlis tersebut adalah jemputan khas daripada Perdana Menteri dan sebanyak 45 NGO Melayu telah terpilih berasaskan warisan, professional dan ekonomi di samping meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri. 

Di dalam ucapan Perdana Menteri, beliau mengiktiraf peranan NGO Melayu di dalam mempertahan Agama, Bangsa dan Negara. Namun begitu katanya, mungkin terdapat sedikit perbezaan di dalam mencapai matlamat tetapi prinsip perjuangan adalah tetap sama.

Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha murni Perdana Menteri Malaysia.

Galleri Foto di sini

 

Berita & Foto : Sumber Jabatan Penerangan PSSCM