22 Ogos 2011, Putrajaya – Presiden & Guru Utama PSSCM, YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah telah menerima undangan jemputan dari YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin ke majlis tersebut. Beliau telah mewakilkan kepada Naib Presiden PSSCM, En. Roslin bin Ali Omar, Setiausaha Agung PSSCM, En. Hafiz bin Jamil, Ketua Penerangan PSSCM, En. Rosman bin Mat Deli dan turut mengiringi Setiausaha Jabatan Penerangan PSSCM, En. Zamir Azli bin Zakaria.

Galleri Foto Di Sini ….

Rombongan PSSCM sampai ke Kediaman Rasmi YAB Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin pada jam 6.15 petang dan disambut oleh Pegawai Jabatan Perdana Menteri. Ketua Penerangan PSSCM, En. Rosman bin Mat Deli telah mengambil kesempatan berjumpa dengan YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin dan menyampaikan salam daripada YM Datuk Haji Maideen bin kadir Shah kepada beliau. Dalam perbualan tersebut, secara peribadi YAB Tan Sri mengucapkan berbanyak terima kasih kepada PSSCM kerana sudi hadir dalam majlisnya dan mengagumi peranan dan komitmen PSSCM dalam membantu kerajaan menangani permasalahan sosial.

Majlis tersebut dihadiri lebih daripada 700 orang tetamu termasuk daripada NGO-NGO, PESAKA, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Tan Sri Datuk Mahaguru Omardin bin Mauju, Pengasas Pertubuhan Silat Lincah Malaysia, Pertubuhan Silat Gayung Malaysia dan kakitangan kerajaan serta orang awam. Majlis bermula dengan berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib.

Majlis Penyampaian Cenderahati kepada anak-anak yatim oleh YAB Timbalan Perdana Menteri diadakan sebelum solat Isyak dan Sunat Terawih.

Galleri Foto Di Sini …