23 Ogos 2013, Kuala Lumpur – YM Datuk Hj Maideen Guru Utama dan Presiden PSSCM telah dijemput oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) YBhg Brig. Jen. Dato’ Prof Dr. Hj Kamaruddin Bin Hussin (belajar Silat Cekak tahun 1975 di USM PP ) ke Majlis Malam Sekalong Budi, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bermula jam 8.30 malam.

Seramai hampir 400 orang jemputan termasuk kakitangan Unimap turut hadir termasuk Ketua Penerangan PSSCM YBhg Rosman Mat Deli,Pegawai PSSCM Sdr Roslim Abdullah, Sdr Karim Said dan krew JP PSSCM.

Majlis tersebut diadakan bagi mengenang jasa kakitangan UniMAP yang telah berkhidmat serta sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Majlis turut di serikan dengan persembahan nyanyian, tarian, penyampaian sijil dan anugerah oleh YBhg Dato’ Kamaruddin.

Majlis bersurai jam 11.30 malam

Galleri foto di sini