23 Mac 2013, Seberang Perai – Semasa Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Cawangan PSSCM Cawangan Seberang Perai kali ke-41 di Dewan Yayasan An-Nahdhoh, Kubang Semang, Seberang Perai Tengah, pihak PSSCM telah menyerahkan cek sumbangan daripada PSSCM yang bernilai RM20,000.00 kepada Encik Hasbullah Bin Mohamed, iaitu anak kepada Allahyarham Tuan Haji Mohammed Bin Din.


Allahyarham Tuan Haji Mohammed Bin Din adalah seorang ahli PSSCM Cawangan Seberang Perai serta merupakan Tenaga Pengajar PSSCM yang banyak berkorban dan aktif dalam perjuangan persatuan selama 35 tahun. Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada 11 November 2012.


Cek telah disampaikan oleh Tuan Haji Ghazali Bin Abdul Rahman, Ahli Lembaga Pelajaran Dan Tatatertib PSSCM dengan diiringi oleh Encik Mohd Hafiz Bin Jamil, Setiausaha Agong PSSCM.

Ini menunjukkan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia begitu prihatin terhadap kebajikan para Tenaga Pengajar yang telah berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi persatuan.